DS Busuit - Premium Business Template for Joomla!

Banner

BERITA IKSK

Baru-baru ini UniMAP di bawah anjuran Institut Kajian Strategik, Kepimpinan & Komuniti..Baca


KAJIAN & PROGRAM

Kangar, 19 Ogos 2013 - Kerajaan Negeri Perlis dan UniMAP telah berjaya menganjurkan ..Baca..


Dari Meja NC UniMAP

Assalamualaikum WBT dan Salam Sedekad Gemilang, UniMAP Di Hati...Baca...


Bersama Pengarah IKSK

Assalamualaikum wbt, Salam 1Malaysia dan Salam Sedekad Gemilang UniMAP Di Hati..Baca..


SELAYANG PANDANG

  • 01.jpg
  • 02.jpg
  • 03.jpg
  • 04.jpg
  • 05.jpg
  • 06.jpg
  • 07.jpg
  • 08.jpg
  • 09.jpg
  • 10.jpg
  • 11.jpg
  • 12.jpg
INSTITUT KAJIAN STRATEGIK, KEPIMPINAN & KOMUNITI

1. LATAR BELAKANG

Perlis merupakan negeri yang terkecil dan terletak di utara Semenanjung Malaysia. Thailand merupakan negara jiran yang paling hampir dengan negeri Perlis. Keluasan seluruh negeri Perlis adalah 795 km/segi dan mempunyai populasi seramai 250,000 orang. Walaupun Perlis terletak jauh di Semenanjung Utara Malaysia, namun pembangunan terancang terus dirasai oleh negeri ini.

Baru-baru ini, Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan RM35 juta dalam Pelancaran Koridor Ekonomi Wilayah (NCER) yang mana Perlis dirancang sebagai pusat logistik antara Thailand & Indonesia (IMT-GT) yang menempatkan Halal Hub disamping kemudahan pengangkutan termoden dengan wujudnya landasan keretapi berkembar dari Padang Besar ke Ipoh. Bagi menjamin kelancaran logistik antara Perlis dan negeri-negeri lain, ’coastal highway’ juga akan dibina dari Simpat Empat, Perak ke Kuala Perlis. Dengan minat yang ditunjukkan oleh negeri Perlis terhadap penyelidikan produk herba, maka Technology Park Malaysia telah bersetuju untuk melabur sebanyak RM30 juta bagi menjana usaha-usaha penyelidikan di Taman Herba Perlis.

Semuanya bagaikan mimpi bagi sebuah negeri yang penduduknya hanya 250,000 orang sahaja. Namun, ia ibarat ’durian runtuh’ bagi kita semua. Dengan wawasan utama Negeri Perlis ialah untuk menjadi sebuah negeri maju dengan ekonomi mantap dan masyarakat yang berpendidikan serta berkemahiran tinggi menjelang tahun 2020, maka inilah masanya. Justeru itu, Kerajaan Negeri Perlis telah menetapkan Tahun 2015 sebagai tahun Perlis Maju iaitu kurang 6 tahun dari sekarang.

Untuk itu, berdasarkan kepada matlamat ini, Universiti Malaysia Perlis amat optimis dalam memainkan peranan utamanya sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang mempunyai kepakaran dalam bidang kejuruteraan dan penyelidikan untuk membantu memantapkan usaha kerajaan Negeri bagi mencapai wawasan yang telah ditetapkan selaras dengan saranan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perlis, Canselor UniMAP yang menawarkan kepakaran UniMAP kepada Y.A.B Dato’ Dr. Md. Isa B. Sabu, Menteri Besar Perlis.

Rentetan dari itu, untuk memastikan segala perancangan berjalan seperti yang ditetapkan dan beberapa siri perbincangan bersama Tuanku Canselor, YAB Menteri Besar Perlis dan warga UniMAP, maka UniMAP melalui Naib Canselornya, Y.Bhg. Kol. Prof. Dato’ Dr. Kamarudin Hussin telah bersetuju untuk menubuhkan Unit Kajian Strategik (yang kini dikenali sebagai Institut Kajian Strategik, Kepimpinan & Komuniti) bagi tujuan membantu Kerajaan negeri Perlis dalam merangka Pelan Strategik Perlis Maju 2015. Pelan ini dirangka bukan sahaja bagi tujuan menjana pertumbuhan ekonomi melalui kepakaran dan meningkatkan penguasaan ilmu di kalangan masyarakat Negeri Perlis, malah memantapkan modal insan yang seimbang dalam aspek kesedaran politik dan sosioekonomi. Dan bagi mempelbagaikan percambahan idea dan pengalaman, maka satu sekretariat iaitu Fellow Penyelidik juga diwujudkan dalam unit ini dengan menggabungkan kepakaran & kecekapan individu dalam bidang-bidang tertentu.
Jika dilihat dari konsepnya, maka apa sahaja hasil dapatan dari setiap kajian yang dilakukan, maka akan dibentangkan kepada YAB Menteri Besar. Oleh itu, untuk menjayakan hasrat ini penubuhan Unit Kajian Strategik dicadangkan sebagai satu sekretariat dibawah Pejabat Naib Canselor UniMAP yang bertindak untuk membantu dalam merangka dan memantau perlaksanaan setiap Pelan Strategik Perlis Maju 2015.

Last Updated on Friday, 02 August 2013 15:10
 

FAQs