DS Busuit - Premium Business Template for Joomla!

Banner
BHG.PENTADBIRAN

 

Sepanjang 4 tahun penubuhan unit ini, berbagai usaha dijalankan bagi memastikan perancangan , pengurusan dan pembangunan sumber manusia serta urusan pentadbiran dilaksanakan dengan berkesan dan cekap bagi meningkatkan imej unit melalui prosedurprosedur yang telah ditetapkan. Bahagian pentadbiran merupakan tunjang bagi unit ini kerana ia berfungsi memastikan segala hal yang berkaitan dengan keperluan serta kebajikan yang meliputi aspek keselamatan pegawai dan kakitangan di Unit Kajian Strategik dapat diuruskan dan ditadbir dengan sempurna. Bahagian ini juga bertanggungjawab terhadap merancang, mengurus dan memantau segala perolehan aset harta modal serta stor dan inventori agar ia sentiasa memenuhi kehendak sumber manusia dari masa ke semasa.

Selain itu, bahagian pentadbiran ini juga mengambil berat tahap pengetahuan serta kemahiran pegawai dan kakitangan yang perlu dipertingkatkan melalui kursus-kursus yang diadakan bagi mencapai sasaran tahunan sejajar dengan kehendak universiti. Hal-hal berkaitan disiplin juga dipantau dalam memastikan pegawai dan kakitangan mematuhi segala arahan Perintah Am, Pekeliling Perkhidmatan dan Pekeliling Pentadbiran agar ia dapat dilaksanakan serta diterimapakai oleh semua dalam melaksanakan tugas yang diberi.

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia pula merupakan bahagian yang bertanggungjawab secara khusus terhadap pengurusan sumber manusia di Unit Kajian Strategik. Ia juga berperanan dalam mengurus ruang pejabat, pengurusan inventori dan pelupusan selain mengurus aset, mesin dan stor. Sektor ini juga berfungsi dalam menguruskan bilik-bilik fail, memantau laporan kehadiran kakitangan, pengurusan ISO dan amalan 5S, menguruskan pesanan tempahan (LO), penyediaan laporan tahunan, pengurusan keselamatan pejabat dan dokumen serta menguruskan tuntutan dan hal pentadbiran dan mesyuarat unit.

Untuk merealisasikan impian unit ini menjadi sebuah institut pada suatu hari nanti, struktur organisasi bahagian pentadbiran telah dikembangkan lagi dengan membawa masuk seorang Pegawai Tadbir baru yang ditugaskan khas untuk mengurus hal-hal berkaitan pentadbiran unit. Ia juga turut dibantu oleh seorang Penolong Pegawai Tadbir serta Pembantu Tadbir dan Pembantu Am Pejabat untuk melicinkan kerja-kerja dibahagian pentadbiran.

Sejajar dengan harapan dan kehendak yang semakin meningkat, Bahagian Pentadbiran akan bertanggungjawab mengekalkan penyediaan perkhimatan yang terjamin, teguh dan berkualiti. Unit ini diharapkan dapat memberi faedah kepada semua pihak dalam merangka Pelan Strategik bagi merealisasikan hasrat rakyat untuk melihat Negeri Perlis Maju pada tahun 2015 akan datang.

Last Updated on Tuesday, 25 November 2014 12:25
 

FAQs