DS Busuit - Premium Business Template for Joomla!

Banner
BAHAGIAN PENYELARASAN KOMUNITI DAN KAJIAN

 

Sejak ditubuhkan hampir 4 tahun yang lalu, Unit Kajian Strategik telah diamanahkan untuk menganjurkan program-program yang mampu mengeratkan hubungan Kerajaan Negeri dan Persekutuan, Agensi Kerajaan dan Masyarakat setempat. Peranan dalam melaksanakan amanah ini semakin menampakkan impaknya apabila pelbagai program khususnya yang melibatkan pembangunan pendidikan negeri Perlis diletakkan di bawah unit ini.

Rentetan dari itu, semasa mesyuarat bulanan unit telah dicadangkan agar memohon perjawatan baru bagi melengkapkan 2 bahagian di dalam unit ini bagi memfokuskan kepada pengkhususan kerja masing-masing iaitu Bahagian Pengurusan dan Keurusetiaan, dan Bahagian Dasar dan Strategi. Justeru itu, apabila perjawatan baru diluluskan dengan kemasukan Penolong Pendaftar baru ke Unit Kajian Strategik, maka pada 10 Mei 2010 secara rasminya Bahagian Dasar dan Strategi) tertubuh. Di peringkat permulaan, tugasan program & penyelidikan dilaksanakan oleh En. Raja Shah Erman yang juga menjalankan tugasan pentadbiran. Apabila Cik Siti Norrafidah melaporkan diri, tugasan pentadbiran diserahkan sepenuhnya kepada beliau. Bahagian ini memfokuskan kepada 3 kategori tugasan iaitu Program, Penyelidikan & Tugas-Tugas Khas.

a) Program : Kemasyarakatan, Pendidikan & Modal Insan

b) Penyelidikan : Sosial, Pendidikan, Ekonomi, Infrastruktur, Politik (UniMAP, Perlis, Kebangsaan & Antarabangsa)

c) Tugas-Tugas Khas : tugasan yang diarahkan terus oleh Naib Canselor

Walaupun baru berusia 4 tahun, namun banyak program termasuk penyelidikan telah dianjurkan oleh bahagian ini baik di peringkat UniMAP, negeri Perlis, Malaysia mahupun Antarabangsa.

Last Updated on Tuesday, 25 November 2014 12:23
 

FAQs