DS Busuit - Premium Business Template for Joomla!

Banner
MEJA NAIB CANSELOR UniMAP

SEPTEMBER 2016

Selamat menyambut Hari Kebangsaan 2016

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Salam Ilmu, Keikhlasan, Kecemerlangan UniMAP

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!......Alhamdulillah, telah 59 tahun negara kita mencapai kemerdekaan dan pada 16 September ini kita juga bakal menyambut Hari Malaysia. Bersyukur ke hadrat Allah Azza Wajalla kerana masih memberikan kita kemakmuran dan kesejahteraan untuk kita semua hidup dalam keadaan aman damai.

Namun disebalik kemakmuran yang dikecapi ini, janganlah kita alpa dan lupa tentang jasa pejuang-pejuang yang telah berkorban untuk memerdekakan tanahair yang kita cintai ini. Jika dahulu, kita dapat bersatu hati dengan pelbagai kaum untuk menuntut kemerdekaan, saya percaya perkara itu boleh dikekalkan sehingga kini. Tanpa kesepaduan dari semua kaum, kemerdekaan yang kita kecapi pada hari ini tidak mustahil akan kembali hilang. Saya ingin menyeru semua warga UniMAP agar sentiasa mengekalkan suasana harmoni ini dan jangan mudah terpengaruh dengan dakyah-dakyah yang bertujuan memecahbelahkan hubungan akrab yang terjalin selama ini.

Di kesempatan ini juga ingin saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Datang kepada pelajar-pelajar baharu pengambilan Ijazah bagi sidang Akademik 2016/2017 yang mendaftarkan diri pada 28 Ogos lalu. Kami di pihak UniMAP amat berbesar hati menerima kehadiran anak-anak pelajar di sini.

Sebaik anda semua menjejak kaki ke sini, ingatlah anda semua membawa harapan ibu bapa yang ingin melihat anak-anaknya berjaya. Hargailah peluang yang terbentang di hadapan ini dengan sebaiknya. Usahlah leka dan alpa. Berusahalah bersungguh-sungguh dan hadiahkanlah keputusan peperiksaan yang cemerlang di sini nanti buat ibu bapa anak-anak pelajar nanti.

Bagi pihak universiti, apa yang saya harapkan adalah, tanamkan azam, bulatkan tekad, berusaha dengan sehabis baik dan tawakal kepada Allah Aza Wajalla demi mencapai kejayaan dalam pelajaran anak-anak pelajar. InsyaAllah kejayaan pasti menjadi milik anak-anak pelajar.

Semoga Allah Azza Wajalla  memberkati segala usaha kita ini dan mempermudahkan segala urusan kita hendaknya.

Sekian, Wabillahittaufiq Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Last Updated on Wednesday, 21 September 2016 11:39
 

FAQs