DS Busuit - Premium Business Template for Joomla!

Banner
PROGRAM SUDUT UPU ONLINE



PROGRAM SUDUT UPU ONLINE

Program Sudut UPU Online telah berlangsung dengan jayanya pada 12 Januari 2012 dengan satu taklimat ringkas oleh Cik Ruzalina Binti Ibnu Ruslan dari Jabatan Pendaftar.  Program ini telah berlangsung di Bilik Seminar Tun Mahathir, Seriab.  Sudut UPU Online dijalankan bermula 12 Januari 2012 sehingga 31 Mac 2012 di mana para pelajar boleh menggunakan aplikasi internet untuk memohon IPTA lepasan SPM secara percuma. Program ini telah mendapat sambutan yang baik dengan penyertaan sebanyak 71 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar Program Didik Cemerlang (PDC) dan Program Jejak Kampus (PJK) yang dipilih dari seluruh Negeri Perlis. Program yang dianjurkan sepenuhnya oleh UniMAP ini juga memberi pendedahan kepada para pelajar tentang kos-kos yang ditawarkan di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan peluang pekerjaan yang boleh diperoleh melalui bidang-bidang berkaitan.



Last Updated on Tuesday, 08 January 2013 17:33
 

FAQs