DS Busuit - Premium Business Template for Joomla!

Banner
PROGRAM SKK-IPTA



PROGRAM MUHIBAH JALINAN PERMUAFAKATAN SEKOLAH

KLUSTER KECEMERLANGAN- INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AWAM

(SKK-IPTA)

Program ini berlangsung selama dua hari iaitu pada 17 Januari 2012 sehingga 18 Januari 2012 di sekitar Kampus UniMAP di Pauh Putra dan Unit Agroteknologi, Sungai Chuchuh Padang Besar.  Program yang dijalankan di peringkat UniMAP ini mensasarkan peserta dari SMK Dato' Sheikh Ahmad dan SM Teknik Alor Setar dengan jumlah seramai 107 orang peserta. Penceramah yang dijemput ialah Dr. Mukhzeer dan tetamu khas yang dijemput untuk program ini ialah Dato Naib Canselor UniMAP, Pengetua SMK Dato' Sheikh Ahmad, Pengetua SM Teknik Alor Setar dan Pegawai daripada KPM. Para pelajar dibawa melawat ke makmal, bengkel, dewan kuliah yang terdapat di UniMAP dan juga memperkenalkan bidang-bidang kejuruteraan untuk menimbulkan minat para pelajar kepada alam kejuruteraan di UniMAP.  Para pelajar juga dibawa melawat ke Stesen Agroteknologi Sungai Chuchuh untuk melihat Teknologi yang diaplikasikan dalam Pertanian. Malam Perasmian Program Muhibah Jalinan Permuafakatan Sekolah Kluster Kecemerlangan-Institut Pengajian Tinggi Awam (SKK-IPTA) diadakan pada 8.00 malam dan dirasmikan oleh Yb. Dato Naib Canselor UniMAP dan penyampaian sijil peserta kepada para pelajar yang terlibat.


GAMBAR PROGRAM


Last Updated on Tuesday, 06 November 2012 10:44
 

FAQs