DS Busuit - Premium Business Template for Joomla!

Banner
PROGRAM DUN

Program Bersama DUN merupakan satu program yang dianjurkan  Universiti Malaysia Perlis dalam usaha mendekatkan masyarakat Perlis terutamanya pemimpin masyarakat di setiap KADUN bersama UniMAP.Program ini dilaksanakan dengan mengadakan lawatan sehari ke sekitar UniMAP bagi memperkenalkan UniMAP dengan lebih dekat lagi serta mendedahkan kepada masyarakat tentang kelebihan-kelebihan yang ada di UniMAP.Kewujudan UniMAP juga perlu dirasai oleh masyarakat sekeliling khususnya dalam memanfaatkan peluang yang ada dalam meningkatkan kerier dan kemajuan kampung masing-masing.

Tujuan utama Program Bersama DUN ini dijalankan adalah bertujuan untuk mendedahkan pemimpin-pemimpin masyarakat di setiap kawasan DUN akan peranan yang dimainkan oleh UniMAP dalam mengangkat maruah agama, bangsa dan negara.

Program Bersama DUN ini melibatkan pemimpin-pemimpin tempatan yang terdiri daripada Jawatankuasa Masjid, pemimpin-pemimpin NGO, persatuan tempatan serta golongan belia . Pada tahun 2012 ini sebanyak  4 Program Bersama DUN telah berjaya dijalankan. Berikut adalah jadual Program Dun yang telah dijalankan:-

BIL

DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN) PERLIS

TARIKH

1.

Dun Chuping

09hb Oktober 2012

2.

Dun Santan

16hb Oktober 2012

3.

Dun Kuala Perlis

23hb Oktober 2012

4.

Dun Mata Ayer

01hb November 2012

Hasrat utama program ini berjaya direalisasikan iaitu memberi pendedahan kepada semua lapisan masyarakat DUN yang terlibat tentang kewujudan UniMAP sebagai salah satu IPTA tempatan di Perlis. Dalam usaha memartabatkan negeri Perlis sebagai negeri yang maju menjelang 2015, segenap lapisan masyarakat perlu sedar mereka tidak ditinggalkan dalam mengharung arus pembangunan yang rancak di Perlis. UniMAP sebagai salah satu eleman pembangunan di negeri Perlis telah menjalankan tanggungjawab ,melalui sesi lawatan yang telah diadakan dan kesan dari program ini, masyarakat DUN yang terlibat dilihat menyokong penuh hasrat kerajaan negeri Perlis dalam menuju Perlis Maju 2015 melalui usaha yang dijalankan oleh UniMAP.




Last Updated on Tuesday, 08 January 2013 18:46
 

FAQs